Menjadi seorang suami yang menjadi dambaan setiap wanita memang tidak mudah, tetapi paling tidak harus mampu membuat isteri merasa nyaman dan merasa terlindungi. Terlebih lagi mampu membuat kebahagiaan dalam setiap perjalanan hidup rumahtangganya.
Dan untuk menjadi seorang suami yang baik, maka anda perlu memperhatikan dan memahami hal-hal yang bisa mendatangkan kebahagiaan dalam keluarga berikut ini;
1. Tidak Memandang Wanita Lain
Tak banyak lelaki yang seperti ini. Seorang suami yang baik tidak akan memperhatikan pada wanita lain kerana tahu isterinya pasti cemburu.
Maka suami akan sentiasa setia dan tidak pernah berpaling dari pada istrinya walaupun mungkin ada godaan dari wanita lain.
Ini kerana suami begitu menghormati perasaan isterinya kerana tidak mau isterinya terluka, selain menghargai pengorbanan isterinya dalam memberikan kasih sayang yang penuh terhadap suami dan keluarganya.
2. Tetap Makan Masakan Isteri Waiaupun Terasa kurang Sedap
Semua manusia pasti memiliki kekurangan, walaupun mungkin isteri kurang sempurna dalam banyak hal. suami yang terbaik akan senantiasa memberikan dukungan untuk isteri agar terus menjadi orang yang terbaik dalam menempuh hidup bersama di masa-masa yang akan datang.
Sama sekali suami tidak menyesal memperisterikan wanita yang dicintainya, walaupun isterinya mungkin masih mempunyai kekurangan.
Selain tidak pernah merasa lelah untuk mengajar dan memberikan yang terbaik, agar isterinya menjadi wanita yang hebat dalam semua hal.
3. Sentiasa Menganggap Isterinya Yang Paling Cantik
Semakin lama usia penikahan, sudah pasti isteri akan dimamah usia dan penampilan fisik seorang isteri juga pasti akanberubah.
Wajah yang tadinya kencang akan mulai kendur dan rambut yang hitam akan mulai putih serta badan yang tadinya mungkin akan semakin berisi.
Sebagai seorang Suami yang terbaik, di matanya tetap menganggap isterinya wanita paling cantik dan masih menarik sama seperti kali pertama mereka berdua bertemu.
Malah seharusnya walaupun dalam diam, seorang suami harus tetap mencuri pandangan terhadap isterinya tanpa istreinya sadar, selain tentu dengan mulutnya sering memuji kecantikan isterinya.
4. Rajin Bantu Isteri Tanpa Disuruh
Jika seorang suami menyayangi isteri, maka seorang suami tidak akan tega membiarkan isterinya begitu saja terbebani dengan segala urusan di rumah.
Suami haruslah berusaha untuk bersama-sama dengan isteri dengan meringankan beban isteri dalam mengurus pekerjaan rumah tangga.
Malah kalau mampu, suami juga harus berusaha agar sanggup menggantikan tugas isteri tanpa mengeluh saat melakukannya.
5. Ketawa Bersama Isteri walaupun Dengan Hal Kecil
Suami yang menjadi pujian isteri merupakan suami yang periang dan punya sifat humor kerana mampu membuatkan isteri sentiasa ceria.
Walaupun hal tersebut, mungkin dianggap biasa bagi pandangan orang lain, namun karena disebabkan anda berdua sudah saling memahami sifat humor masing-masing, maka akan membuat hidup anda berdua sentiasa diliputi rasa ceria dan gembira.
Apabila isteri merasa gembira bersama orang yang disayangi ini, maka itu akan menunjukkan anda seorang suami yang terbaik untuk isteri sekaligus terpancar rasa bahagia dalam rumah tangga.
6. Cinta Suami Akan Terus Mekar Dan Tidak Pudar
Jika suami betul-betul mencintai isterinya, maka suami pasti sanggup melakukan apa saja dan akan berani berkorban untuk orang yang disayanginya.
Maka cinta yang diberikan kepada isterinya merupakan cinta yang tulus demi mengutamakan kebahagiaan isterinya dan bukannya sekedar nafsu semata-mata ataupun hanya bersandar pada penampilan luaran istrinya saja.
Mencurahkan rasa sayang secara teratur merupakan perkara paling penting dalam mendatangkan kepuasan dalam pernikahan.
7. Buat Isteri Bahagia Bila Di Sisi Suami
Seorang suami bukan saja berperan sebagai seorang teman hidup, tetapi juga harus bisa menjadi seorang yang mampu melengkapi setiap kekurangan isteri.
Selain sebagai teman hidup, seorang malah suami juga perlu menjadi seorang “guru” yang mendidik isteri.
Dan dalam memenuhi keperluan isteri, maka seorang suami juga harus membuat isteri merasa bahagia apabila berada dekat dengan suami.
8. Berbincang Dan Minta Pandangan Isteri
Apabila suami meminta pandangan isteri sebelum memutuskan sesuatu perkara atau anda dijadikan rujukan untuk meringankan masalahnya, maka hal ini menunjukkan bahawa istri dianggap insan terpenting dalam kehidupan rumahtangganya.
Malah suami juga harus percaya dan menghargai keputusan yang isteri berikan. Walaupun tidak harus setiap pandangan isteri diterima, namun setidak-tidaknya isteri juga berperanan dalam memberikan pandangan dan nasehat terhadap sesuatu perkara yang suami sedang pikirkan.
9.Mendekatkan Diri Dengan Pencipta
Sebagai imam dalam keIuarga, suami yang baik akan sentiasa menjaga hubungannya dengan Allah SWT agar keluarganya sentiasa dirahmati dan selalu merasa dijalan yang lurus.
SeIain itu, suami berusaha agar ilmu agamanya terus berkembang dengan Iebih baik supaya dia dapat memimpin isteri dan anak-anaknya dengan mengikuti perintah Yang Maha Esa.
10. Bantu Isteri Jadi Insan Lebih Baik
Semua manusia pasti memiliki kekurangan. Walaupun mungkin isteri kurang sempurna dalam banyak perkara, maka suami yang terbaik akan sentiasa memberikan dukungan untuk isteri terus menjadi orang terbaik di masa akan datang.
Sama sekali suami tidak menyesal memperistrikan seorang wanita sebagai pendamping hidupnya walaupun ada kekurangan.
Selain tidak pernah merasa lelah untuk mengajar dan memberikan yang terbaik agar istrinya menjadi wanita yang hebat dalam segala urusan.
11. Sering Membanggakan Isteri Dihadapan Temannya
Walaupun isteri tidak di sisi, maka suami yang terbaik sentiasa membanggakan isterinya di hadapan teman-temannya.
Dan suami yang baik sama sekali tidak merasa malu memiliki seorang isteri yang disayanginya walau apapun keadaan istrinya.
Malah suami juga tidak malu memberitahu temannya bahwa dia akan bersyukur dan bangga kerana memiliki wanita seperti istrinya, selain menganggap istrinya adalah seorang wanita yang istimewa dan menjadi keutamaan dalam hidupnya.
12. Genggam Erat Tangan Isteri
Tanpa melalui kata-kata, suami yang terbaik tidak akan melepaskan genggaman istrinya ketika suami menunjukkan cinta dan kasih sayangnya.
Suami juga tidak merasa malu untuk menunjukkan sikap perhatiannya terhadap isteri di khayalak ramai, kerana suami tahu sikap pedulinya itu akan membuatkan isteri merasa Iebih tenang.
Walaupun mungkin tidak semua keterangan diatas bisa anda lakukan agar menjadi seorang suami yang baik, tetapi paling tidak anda bisa menjadi suami yang terhebat untuk isteri.
